Kota Rainforest Resort Kota Rainforest Resort kawasan yang terpencil di daerah Kota Tinggi dan agak berdekatan dengan lokasi popu...

Kota Rainforest Resort

Kota Rainforest Resort

Kota Rainforest Resort kawasan yang terpencil di daerah Kota Tinggi dan agak berdekatan dengan lokasi popular Air Terjun Kota Tinggi, Johor. Resort ini dikelilingi pokok-pokok dan keadaan agak 'gelap' di sana mungkin sesuai dengan namanya Rainforest Resort. Resort ini juga mempunyai kawasan kemudahan kolam untuk berenang.

Untuk harga anda boleh melihat dan menyemaknya di link berikut http://www.kota-rainforest.com.my/rates.php. Asasnya semua bilik yang disediakan diperbuat daripada kayu seolah-oleh anda berada di rumah hutan sebenar. 

Makanan
Kota Rainforest Resort juga menawarkan menu makanan yang lazat untuk sarapan pagi , tengahari dan juga malam pilihan makanan Asia dan Cina. Kemudahan berbeku juga disediakan semasa bengkel atau aktiviti keluarga anda.

Kemudahan Rekreasi
Kota Rainforest Resort dilengkapi kemudahan kolam renang, meja ping pong, meja pool, bilik mahjong, sudut kanak-kanak, bola tampar pantai dan bola sepak, karaoke dan pelbagai lagi. Buat mereka yang gemar aktiviti lasak, resort ini juga berada berdekatan bagi yang gemar mendaki gunung, dan aktiviti berbasikal di sepanjang pergunungan yang jauh dari resort.

Lokasi
Lokasi: Lot 4483, Jalan Lombong, Batu 8, P.O Box 125. Kota Tinggi, 81900 Johor 

Laman Web






0 comments: